Trapo kini sudah ada untuk Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Trapo, jenama tempatan yang menghasilkan alas kaki kenderaan dengan teknologi basmi kuman kini sudah ada produk untuk model kereta elektrik (EV) popular, Tesla.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buat masa sekarang, Trapo menawarkan pakej TrapoHex untuk Tesla Model S 75 (tahun 2018 ke atas) dan Tesla Model X (tahun 2020). 

Harga set asas untuk Model S 75 bermula dari RM279.90 (Trapo Classic, tidak termasuk Trapo Back untuk ruang but).

 


 

 

Bagi Model X dengan tujuh tempat duduk, set asas Trapo bermula dari RM309.90 (Trapo Classic, tidak termasuk Trapo Back untuk ruang but).

Trapo ialah sebuah syarikat dari Melaka dan produk Trapo ini telah dieksport ke seluruh dunia. Ia adalah alas kaki kenderaan yang direka spesifik untuk jenis kenderaan itu sendiri, memastikan ia mempunyai ukuran yang tepat.

Selain dari ia akan melekat kuat kepada karpet asal kenderaan, Trapo juga menggunakan teknologi Bactekiller dari Jepun yang menghalang bakteria dari membiak di atas permukaan alas kaki tersebut.

Walaupun nampak ringkas, Trapo ialah satu pelaburan bijak untuk kenderaan anda kerana ia ringan, lasak dan memastikan debu dan air tidak tumpah ke dalam kenderaan kesayangan anda.

Untuk membeli produk-produk Trapo, lawati laman web mereka di https://my.trapo.asia

Anda juga boleh melihat dahulu video Careta di bawah ini berkaitan produk Trapo.

 

 

 

Berita Berkenaan

Tekno Careta
Pelancaran yang diadakan di Evolt Karting, menandakan satu pencapaian penting dalam menjadikan…
Berita Domestik
Perjanjian itu bakal mewujudkan kerjasama strategik antara kedua syarikat, dimana pemilik kereta…
Informasi
Siri TRAPO Mark II menggunakan Bactekiller, teknologi yang dihasilkan oleh Fuji Chemical Industries…