Tujuh perkara menarik bakal menanti anda di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hujung minggu ini bersamaan 27-28 April bermula dari 10.00 pagi sehingga 7.00 malam, Toyota Gazoo Racing Festival mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai memeriahkan suasana di Litar Antarabangsa Sepang. 

Berikut merupakan antara perkara menarik yang bakal memenuhi aktiviti hujung minggu anda di sana: 

 

1. Pusingan Akhir VIOS Challenge


Litar Sepang bakal menyaksikan pertempuran yang menarik dan sengit antara para pelumba terdiri daripada selebriti tempatan dan pelumba handalan di dalam tiga kelas yang berbeza, Promotional, Sporting dan Super Sporting.

Baca: Kedudukan Semasa Pelumba Toyota VIOS Challenge


2. Perlumbaan di jalan litar sebenar!


Jika sebelum ini VIOS Challenge dibuat di atas litar buatan sementara, kali ini format litar menggunakan litar sebenar, iaitu Litar Antarabangsa Sepang. 

Sembilan selekoh teknikal dan jarak keseluruhan 2.7 km yang meliputi sebahagian daripada pusingan penuh Litar Sepang ini pastinya menjanjikan persembahan pemanduan yang bakal membuatkan adrenalin anda menggelegak sama. 

 

3. Pandu Uji Toyota Vios dan Toyota Yaris baharu


Pendatang baharu di dalam hatchback segmen B, Toyota Yaris 2019 bakal menyerikan lagi aktiviti hujung minggu anda apabila Toyota turut mengadakan sesi pandu uji model di Litar Sepang. 

Bukan itu sahaja, 'kembar'nya Toyota Vios 2019 juga akan membuat kemunculan dan anda boleh merasai sendiri pemanduan yang menyeronokkan di dalam kedua-dua model tersebut. 

 

4. Macam-macam Adaaaa


Memandangkan lokasi kali ini lebih besar, UMW Toyota sudah menyusun bermacam aktiviti bagi memastikan anda menikmati hujung minggu dengan seronok. 

Selain daripada persembahan drift wajib daripada Toyota 86, Litar Sepang juga bakal dibanjiri oleh kelab-kelab kereta Toyota, pameran model terkini daripada Toyota, barisan food truck dan bermacam-macam lagi.

Sudah pasti, aktiviti antara para peminat dan selebriti tidak dilupakan apabila terdapat sesi tandatangan bersama peminat, dan konsert pada hari akhir Toyota Gazoo Racing. 

 

5. Servis penggantian modul beg udara, Percuma!


Bagi para pemilik yang ketiadaan masa untuk menggantikan modul beg udara pada kenderaan Toyota mereka, UMW Toyota membuka ruang khas di Toyota Gazoo Racing Festival pada hujung minggu ini. 

Segala kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh UMW Toyota. 

 

6. Masuk pun percuma, Tunggu apa lagi Bossku?


Toyota dengan baik hatinya tidak pernah mengenakan sesen pun yuran kemasukan ke Toyota Gazoo Racing Festival sepanjang dua tahun penganjuran. 

Kali ini juga, Toyota sekali lagi mengumumkan tiada sebarang tiket kemasukan dikenakan, jadi ajaklah rakan-rakan, keluarga, saudara mara anda dan kucing anda untuk menyaksikan perlumbaan dan meramaikan suasana di hujung minggu ini. 

Percuma, diulangi, percuma!

 

7. Hadiah cabutan bertuah lumayan!


Sudahlah masuk percuma, ada cabutan bertuah pula lagi menanti para pengunjung yang hadir minggu ini. 

Empat pengunjung bertuah bakal membawa pulang sebuah peranti Samsung Galaxy S10, iPad 32 GB, kad baucer petrol bernilai RM150 dan kad Starbucks bernilai RM50.

 


Jadi, tunggu apa lagi?

Jom hadir beramai-ramai ke Toyota Gazoo Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang 27-28 April ini bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam. 

Aturcara Program:

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ini bermakna, pusingan terakhir Toyota Gazoo Racing Festival untuk musim ini tidak akan dibuka…
Berita Domestik
TGR Festival musim ketiga bakal menampilkan format perlumbaan yang sama iaitu tiga perlumbaan…
Berita Domestik
Kelas Promotional Kedudukan terkini pelumba selebriti lokal kini menyaksikan persaingan antara…