Penghentian operasi itu juga turut melibatkan pemberhentian kerja lebih 300 orang staf syarikat tersebut yang diberikan notis pendek pada Rabu lepas.
Walaubagaimanapun penutupan bahagian kereta pandu sendiri terbabit tidak akan melibatkan bahagian ride-hailing yang menjadi tunjang utama operasi Uber dan ia masih berjalan seperti biasa.
Laporan daripada The Arizona Republic menyebut pihak Uber akan menyambung kembali fasa ujian kereta pandu sendiri di Pittsburgh setelah segala penyiasatan berkenaan insiden kemalangan terbabit diselesaikan sepenuhnya.
Menurut satu kenyataan daripada Uber lagi, "Kami komited terhadap perkembangan teknologi kereta pandu sendiri ini dan berharap agar dapat kembali meneruskan usaha kami pada masa terdekat."
Sumber: The Arizona Republic melalui Jalopnik