Ujian lorong RFID di plaza tol Utara bermula esok (22 Julai)

oleh Mohamad Hanif|
Para pengguna Kenderaan Penumpang Persendirian di sekitar Kedah dan Pulau Pinang berpeluang menikmati perjalanan yang lebih lancar menggunakan laluan khas RFID bermula 22 Julai, 2020 (Rabu).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan PLUS berkata, "teknologi RFID membolehkan transaksi tol dilakukan dengan lebih pantas, dan mengurangkan kesesakan di lorong tol, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk melaksanakan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

Pembukaan lorong khas RFID akan melibatkan lokasi plaza tol di Sungai Dua, Bertam, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Surun, Pendang, Alor Setar Selatan, Alor Setar Utara dan Hutan Kampung.

Sistem RFID telah diperkenalkan di 10 buah plaza tol sistem terbuka pada 1 Januari yang lalu melibatkan Plaza Tol Jitra, Lunas, Kubang Semang, Jambatan Pulau Pinang, Mambau, Lukut, Kempas, Perling, Lima Kedai dan Tanjung Kupang.

Namun pelaksanaan di 84 plaza tol Sistem Tertutup terpaksa ditunda akibat wabak pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan.
 


PLUS juga turut menawarkan stok Tag RFID di pusat pemasangan RFID yang terpilih di Pulau Pinang dan Kedah, serentak dengan kempen #JomRFID yang dilaksanakan di laluan Hutan Kampung-Sungai Dua.

Untuk mendapatkan tag RFID percuma ini (1,500 unit terhad), pelanggan perlu mendaftarkan diri sebagai ahli PLUSMiles dan melayari https://jomrfid.plusmiles.com.my untuk menerima kod baucer pemasangan percuma.

Namun, sekiranya tag RFID percuma ini habis, PLUS akan memberikan mata ganjaran sebanyak 500 PLUSMiles kepada 15,000 pelanggan seterusnya dengan setiap pembelian tag RFID berharga RM35/unit.

Lokasi pusat pemasangan tag RFID yang terpilih untuk promosi di atas adalah seperti berikut:
1. Bok Tyre and Battery (Bayan Lepas)
2. BSS Resources Management (Bayan Lepas)
3. Best Tune Auto Workshop (Sungai Jawi)
4. SS Tyre & Motorcraft Enterprise (Georgetown)
5. BH Petrol Jalan Jelutong (Georgetown)
6. Penang Bridge Toll Plaza Customer Service Centre (Seberang Perai)
7. BH Petrol Jalan Baru (Bukit Mertajam)
8. BSS Wealth Consultancy (Sungai Petani)

PLUS dan Touch 'n GO akan menambah jumlah pusat pemasangan RFID sementara di sepanajng lebuhhraya PLUS terutama di R&R GUrun (kedua-dua arah) serta lokasi lain tidak lama lagi.

Para pelanggan juga boleh merujuk senarai penuh pusat pemasangan RFID di pautan berikut: https://mx.touchngo.com.my/fitment-centres

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga kini, terdapat 88 buah stesen minyak Shell di seluruh negara yang menyokong cara…
Berita Domestik
Malah, pembayaran tol menggunakan RFID bakal diperkenalkan secara rasmi untuk pengguna kenderaan…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada Amanz, pengguna perlu mengaktifkan terlebih dahulu fungsi pembayaran…