Ujian penilaian motosikal, MyMAP fasa kedua dan ketiga kini dibuka

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penyertaan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) kini dibuka kepada semua pengeluar motosikal kategori 250cc ke atas untuk semua jenis kombinasi enjin (ICE, hibrid dan elektrik) di Malaysia bermula 3 Julai 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, MyMAP telah menganugerahkan penarafan lima bintang kepada sembilan buah model motosikal yang terdiri daripada pelbagai pengeluar motosikal di Malaysia.

Meneruskan visinya untuk menghasilkan motosikal yang lebih selamat, pembukaan penyertaan kali ini membolehkan model-model motosikal yang premium dan berkuasa tinggi untuk mengetengahkan teknologi keselamatan mereka.

Dalam fasa pertama MyMAP, penyertaan adalah secara sukarela dan terhad kepada motosikal kategori 250cc dan ke bawah sahaja.

Fasa kedua MyMAP pula hanya melibatkan motosikal melebihi 250cc manakala fasa ketiga kini melibatkan semua jenis motosikal dengan kombinasi kuasa.

Peralihan kepada fasa kedua dan ketiga ini membuka peluang kepada pengeluar-pengeluar motosikal berkuasa besar dan semua jenis enjin di Malaysia untuk menyertai program tersebut.

Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik, Ts. Zulhaidi Jawi berkata, “Kami telah menerima banyak permohonan daripada pengeluar motosikal yang berkuasa besar dan hibrid."

"Oleh itu, penyertaan bagi fasa ketiga dibuka lebih awal daripada jangkaan waktu yang sepatutnya.”

MIROS akan terus bekerjasama dengan semua pihak bagi merealisasikan motosikal sebagai satu pilihan mod pengangkutan yang selamat.

Maklumat lanjut berkenaan penilaian MyMAP serta senarai motosikal yang telah menerima penarafan boleh dirujuk di laman sesawang MyMAP.

MIROS juga mengalu-alukan pengeluar motosikal yang berminat untuk menyertai program penarafan itu untuk mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada [email protected].

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal…
Berita Domestik
Penganugerahan tersebut diberikan sejurus proses penilaian dan audit yang dilalui MODENAS pada…
Pelancaran Motosikal
Kini, skuter WMoto Xtreme 150i rasmi dilancarkan untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan bermula…