Ujian pra-musim (Winter Test) yang dijalankan di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini menyaksikan kira-kira 23 orang pelumba berjaya memecahkan halangan 2 minit bermula dari pelumba terpantas Fabio Quartararo (PETRONAS Yamaha SRT) sehinggalah Iker Lecuona (Red Bull KTM Tech 3).
Jika dibandingkan dengan ujian yang dijalankan 10 tahun yang lalu, hanya 10 pelumba teratas berjaya memecahkan halangan 2 minit.
Kini, dengan 23 orang pelumba berjaya mencatatakn masa bawah 2 minit termasuklah pelumba rookie dan juga pelumba ujian Yamaha Jorge Lorenzo, ia membuktikan bahawa tahap persaingan di dalam MotoGP kian mencabar.
Pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo di hari ketiga berjaya memadamkan rekod sendiri yang dicatatkan pada hari pertama dan kedua dengan catatan 1 minit 58.349 saat.
Sumber: MotoGP