UMW Toyota lancar inisiatif Beyond Zero, pelbagai model neutral karbon dipamerkan!

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan pendekatan pelbagai cara (multi-approach pathway) untuk mencapai neutral karbon, UMW Toyota Motor mengadakan acara pameran Toyota Beyond Zero bertempat di Taman Teknologi Malaysia bermula 20 hingga 28 Februari 2024.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:

 


Kenderaan Sel Bahan Api (FCEV)
Toyota Mirai FCEV
Toyota Hilux FCEV Concept
Toyota GranAce FCEV Concept
Toyota SORA

Kenderaan Elektrik (EV)
Toyota bZ4X
Lexus RZ
Toyota C+Pod
Toyota e-Pallete
Toyota Hilux BEV Concept

Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV)
Toyota Corolla Cross HEV
Toyota Camry HEV
Toyota Alphard HEV
Toyota Vellfire HEV
Toyota Prius 24H Le Mans Centennial GR Edition

Kenderaan ICE Hidrogen
Toyota Corolla Cross H2 Concept
 

HEV


Untuk makluman, sejak tahun 2009 UMWT telah berjaya menjual sebanyak 41,600 HEV, yang diterjemahkan kepada kesan penyahkarbonan yang membanggakan, iaitu penyerapan kira-kira 150,000 tan CO2 bersamaan dengan 500,000 pokok.

Selain daripada itu, selama 30 tahun Toyota telah banyak melabur dalam teknologi sel bahan api yang memiliki kelebihan seperti pelepasan emisi sifar, jarak pemanduan yang lebih jauh, pemanduan yang senyap, serta tempoh pengisian semula bahan api selama 10 minit.
 

sora


Teknologi ini juga turut digunapakai pada bas SORA (Sky, Ocean, River & Air), di mana Toyota mahu memperlihatkan kemampuan sebenar sistem FCEV dalam industri komersial.

Selain melihat dengan lebih dekat model-model yang dipamerkan, acara Beyond Zero ini turut menyediakan sesi pandu uji kenderaan tertentu, termasuklah peluang menaiki bas SORA yang disebutkan tadi.

 


Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman media sosial Facebook Toyota Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…
Informasi
Dalam tempoh 55 tahun, Corolla telah membuktikan keampuhannya dengan lebih 50 juta unit telah…