UMW Toyota Motor catat pertumbuhan positif September 2023

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor mengakhiri bulan September 2023 dengan mencatatkan jumlah jualan sebanyak 9,228 unit, terdiri daripada 9,020 unit Toyota dan 208 unit Lexus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepanjang sembilan bulan untuk tahun 2023, UMW Toyota telah menjual sebanyak 76,511 unit kenderaan, peningkatan 8 peratus berbanding 70,872 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.

Baru-baru ini, Toyota memperkukuhkan lagi penawaran di Malaysia dengan memperkenalkan Yaris IMP, sekaligus mengekalkan penguasaan sebagai peneraju di dalam pasaran hatchback segmen B bukan nasional.
 

yaris


Sejak dilancarkan pada tahun 2019, Toyota telah berjaya menjual lebih daripada 60,300 unit Yaris, yang kini diperbaharui dengan imej, teknologi baharu serta rekaan dalaman yang telah dikemaskini.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, "untuk memenuhi jangkaan pelanggan Toyota, kami berterusan mengemaskini dan menambahbaik penawaran kami, seperti Toyota Yaris terbaharu.

"Yaris IMP disasarkan untuk pemandu Gen-Z yang menghargai gaya, eskpresi diri dan kedudukan sosial. Bermula daripada penampilan luaran yang bergaya sehinggalah kepada ciri keselamatan Toyota Safety Sense, Yaris baharu turut menawarkan keselesaan pemanduan dan ketenangan fikiran.
 

UMW T


"Falsafah kaizen, atau penambahbaikan berterusan telah memberikan inspirasi kepada kami untuk menawarkan kenderaan yang dapat memenuhi keperluan pemandu, selain memfokuskan kepada peningkatan pengalaman dan titik sentuh pelanggan secara keseluruhan seperti yang diperlihatkan menerusi aplikasi Toyota MY," ujarnya lagi.

Baca: UMW Toyota lancar aplikasi Toyota MY yang ditambahbaik

UMW Toyota Motor turut menawarkan pembelian kenderaan Toyota serba baharu dengan pinjaman sehingga 100 peratus.
 

camry


Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan opsyen pembiayaan ansuran bulanan serendah RM688/bulan untuk Toyota Vios, atau pengurangan harga sehingga RM15,000 apabila mendapatkan Toyota Camry serba baharu.

Meneursi program Toyota Service Savers, pelanggan baharu boleh memilih untuk mendapatkan pakej servis tiga atau lima tahun, dengan penjimatan sehingga RM814 untuk pembeli Hilux yang memilih pakej lima tahun.

Pemilik Toyota sedia ada juga boleh mendapatkan pakej servis dua tahun dengan potongan diskaun yang menarik, dan penjimatan sehingga RM569 untuk pemilik Hilux.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web rasmi https://www.toyota.com.my, atau hubungi talian 1-800-8-TOYOTA (869682).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…