UMWT lancar aplikasi Toyota MY yang ditambahbaik

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota baru-baru ini mengumumkan kehadiran aplikasi serba baharu Toyota MY untuk pengguna peranti pintar iOS dan Android.

Aplikasi baharu ini mengintegrasikan ciri-ciri yang sudah pun wujud di dalam Toyota Drive dan Toyota 24 Seven ke dalam satu platform tunggal yang mudah untuk digunakan, sekaligus mengenepikan keperluan untuk memasang dua aplikasi yang berbeza.

Pelanggan Toyota kini boleh mendapatkan akses kepada informasi penting berkenaan kenderaan mereka, membuat temu janji servis berkala, melihat poin keahlian Loyal-T, mendapatkan bantuan tepi jalan 24Seven dan banyak lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Selain daripada itu, aplikasi ini juga boleh bertindak sebagai hab sentral untuk promosi dan berita terbaharu daripada Toyota.

Menurut Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K berkata, "Toyota mengamalkan falsafah 'kaizen', atau penambahbaikan yang berterusan. Ia tidak tertakluk kepada rekaan dan pengeluaran kenderaan semata-mata, malah ia turut diaplikasikan kepada pengalaman pelanggan kami.

"Dengan meringkaskan pengurusan kenderaan, aplikasi Toyota MY ini membolehkan kami menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih efisien.
 

toyota


"Aplikasi ini mewakili satu langkah penting ke arah masa depan tentang bagaimana kami dapat menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami yang dihargai, dan kami teruja untuk mengembangkan lagi potensi yang ada untuk penambahbaikan dan inovasi baharu," jelasnya lagi.

Pelanggan yang sudah memasang aplikasi Toyota Drive hanya perlu mengemaskini aplikasi sedia ada dan ia akan dinaiktaraf menjadi aplikasi Toyota MY, seterusnya log masuk dengan menggunakan alamat e-mel yang telah didaftarkan sebelum ini.

Pelanggan baharu Toyota digalakkan untuk mendaftarkan butiran peribadi mereka di outlet Toyota berdekatan sewaktu pembelian kenderaan untuk memudahkan urusan pembukaan akaun.

 


Aplikasi Toyota Drive boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah:

Toyota Drive - Apple AppStore

Toyota Drive - Google PlayStore

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang…
Berita Domestik
Menerusi kerjasama dengan pengendali titik pengecasan (CPO) seperti CDG Engie, City Energy Go dan…
Berita Domestik
Hello smart App ini menawarkan susunan empat tab utama untuk memudahkan urusan pengguna dan pemilik…