UMW Toyota mulakan tahun baru dengan 6,786 unit jualan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
UMW Toyota Motor memulakan tahun 2023 yang cemerlang dengan jualan 6,771 unit termasuk 15 unit Lexus pada bulan Januari, menjadikan jumlah jualan sebanyak 6,786 unit.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Bersempena menyambut Tahun Baru Cina yang lepas, UMWT menawarkan ansuran bulanan dari serendah RM598 dan RM558 untuk model Vios dan Yaris, di samping promosi bernilai sehingga RM5,490.

Selain itu, UMWT juga menawarkan Toyota Service Savers daripada RM22 sebulan untuk memberikan ketenangan dan jaminan prestasi kereta yang terbaik.

Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K. berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat memulakan 2023 dengan hebat dengan dianugerahkan Anugerah Platinum oleh Putra Brand Awards untuk kali keempat."

 

2

 

"Ditambah pula dengan gelaran Jenama Automotif Bukan Negara No.1, merekodkan lebih 100,000 jualan kenderaan tahun lepas."

"Kami amat berterima kasih kepada pelanggan atas sokongan berterusan mereka dan kami lebih komited berbanding sebelum ini untuk lebih 'Extra Mile' bagi memenuhi visi 'Move Your World' dan menghasilkan  pengalaman pemilikan yang luar biasa."

Pada masa yang sama, UMW Toyota Motor memulakan kalendar 2023 dengan memulakan jelajah Toyota Tour melalui kejohanan golf profesional terulung negara yang pertama.

Kejohanan itu telah menempa sejarah baharu melalui perkongsian hak penamaan dengan Kejohanan Golf Profesional Malaysia (PGM).

 

3

 

Musim tahun ini akan bermula di Saujana Golf & Country Club pada 8-11 Mac menawarkan RM230,000. Ia diikuti dengan lapan lagi kejohanan tertutup dalam kawasan premium di seluruh negara, setiap satu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM210,000.

Jelajah Toyota Tour 2023 akan berakhir dengan Kejohanan Toyota di Kuala Lumpur Golf & Country Club pada 14-17 November, yang akan menjadi acara bersama Asian Development Tour (ADT).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross, membentuk 69 peratus unit yang dijual, adalah antara model…
Informasi
Beliau berkata, ia mencerminkan inisiatif syarikat dan promosi berfokuskan pelanggan yang berjaya,…
Berita Domestik
Beliau berkata, jumlah tempahan tertunggak kedua-dua pengeluar kereta itu ketika ini berkurangan…