Unit produksi Nissan GT-R50 diperlihatkan - 50 unit sahaja, harga dari RM4.6 juta

oleh Mohamad Hanif|
Model edisi terhad yang dibangunkan oleh Nissan dan Italdesign, Nissan GT-R50 kini disahkan bakal memasuki fasa produksi dalam masa terdekat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan GT-R50 merupakan unit yang dihasilkan berdasarkan ulang tahun yang ke-50 Nissan GT-R, dan dibangunkan berdasarkan casis GT-R Nismo,

 


Ia membawakan penggayaan yang sangat berbeza berbanding casis standard Nissan GT-R R35 yang berada di pasaran pada ketika ini. 

Menurut Nissan, mereka telah pun menerima angka tempahan yang cukup menggalakkan di mana hanya tinggal beberapa unit sahaja yang masih lagi tersedia bagi mencukupkan bilangan 50 unit yang dihasilkan oleh Italdesign.

 


Untuk menarik perhatian umum, Nissan turut menerbitkan beberapa gambar Nissan GT-R50 versi produksi yang dilihat menyamai Nissan GT-R50 versi konsep yang diperlihatkan beberapa ketika dahulu. 

Spesifikasi teknikal Nissan GT-R50 juga tidak berubah, di mana enjin 3.8 liter V6 turbo berkembar pemasangan tangan itu membawakan talaan daripada Nismo yang menghasilkan 710 kuasa kuda dan 780 Nm. 
 


Harga jualan pula masih kekal pada angka €990,000 (RM4,581,720), lima kali lebih mahal berbanding model Nissan GT-R Nismo.

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, disebabkan produksi terganggu akibat COVID-19, difahamkan hanya ada 19 unit sahaja…
Berita Global
Berbanding GT-R yang biasa kita lihat di atas jalan, Nissan GT-R50 ini menampilkan rekaan yang…
Berita Global
Sehingga bulan Mei 2020, Italdesign akhirnya melancarkan secara rasmi GT-R50 dengan bilangan…