Namun, ia bukanlah satu penghalang buat pengeluar supercar dari Itali, Lamborghini untuk mencapai rekod jualan terbaik untuk tahun 2021.
Dalam satu kenyataan, Lamborghini dengan bangganya mencatatkan angka jualan sebanyak 6,092 unit untuk tempoh Januari-September, atau peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Dengan permintaan yang kekal memberangsangkan, adalah tidak menghairankan apabila Lamborghini bakal mencatatkan satu lagi rekod baharu untuk tahun ini.

Rantau EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika) kekal menjadi pasaran utama Lamborghini, dengan 2,622 unit kenderaan diedarkan sepanjang tiga suku pertama, atau 17 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Pasaran Amerika berada di tempat kedua (2,407 unit) dengan peningkatan 25 peratus, sementara rantau Asia Pasifik pula mencatatkan pengedaran kenderaan sebanyak 1,873 unit, peningkatan sebanyak 28 peratus.
Dalam banyak-banyak model, Lamborghini Urus kekal menjadi model paling laris terjual, dengan 4,085 unit telah dihantar kepada pelanggan, diikuti Huracan (2,136 unit) dan Aventador (681 unit) sepanjang tempoh tersebut.