Vespa 946 10° Anniversario diperlihatkan - hanya 1,000 unit, kurang dari 20 unit untuk pasaran Malaysia, dari RM99K

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperkenalkan pada awal tahun ini, Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa telah memperlihatkan model edisi terhad sempena Tahun Arnab, iaitu Vespa 946 10° Anniversario yang hanya dihasilkan sebanyak 1,000 unit di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengenalan edisi khas khas Vespa 946 10° Anniversario itu bersempena dengan sambutan tahun baru cina, di mana tahun ini merupakan Tahun Arnab.

 

2

 

Vespa 946 10° Anniversario tampil dengan hiasan arnab di bahagian belakang kanan, dan juga depan kiri, bersama warna hijau ikonik Vespa.

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan penawaran yang sama di mana Vespa 946 dihasilkan dengan badan monocoque yang dilengkapi pelana tunggal, hendal aluminium, panel sisi dan pelana sokongan pada bahagian belakang.

 

3

 

Vespa 946 10° Anniversario juga masih ditawarkan bersama roda aloi 12 inci, cakera brek bersaiz 220 mm serta angkup brek di depan dan belakang, ia turut didatangkan standard bersama sistem ABS dua saluran dan ciri kawalan cengkaman.

Dari segi kuasa, ia dilengkapi dengan enjin 155 cc 1 silinder menghasilkan kuasa sehingga 12.7 HP pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm.

 

4

 

Untuk pasaran Malaysia, kurang dari 20 unit telah dibawa masuk oleh Didi Group dan telah habis dijual, dengan harga dikatakan bermula dari RM99 ribu.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Gaya Hidup
Cawangan di Johor Bahru itu merupakan MotoPlex kedua yang diuruskan oleh Goh Brothers Motorcycles…