Vespa Sprint 150 edisi Justin Bieber di Malaysia - dari RM28,000

oleh Mohamad Hanif|
Didi Group hari ini secara rasmi melancarkan model skuter eksklusif Vespa Sprint 150 JUSTIN BIEBER X VESPA, menampilkan rekaan yang dihasilkan sendiri oleh penyanyi popular tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Saya suka Vespa, dan untuk bekerjasama dengan jenama klasik ini adalah satu perkara yang sangat hebat. Mampu untuk meluahkan diri sendiri menerusi seni, muzik, visual ataupun estetik, dapat mencipta sesuatu daripada tiada - ia sebahagian daripada diri saya," ujar Justin Bieber.
 

Justin


Menggunakan asas daripada Vespa Sprint 150, ia hadir dengan enjin 150 cc yang kini patuh piawaian emisi alam sekitar, dan turut didatangkan dengan ciri seperti unit lampu berpetak LED, skrin paparan TFT berwarna penuh dengan sokongan sambungan ke peranti pintar, serta rim bersaiz 12 inci.

Vespa Sprint 150 ini menampilkan layangan warna putih yang dipilih sendiri oleh Justin Bieber pada segenap sudut termasuklah pelana, bar hendal, sehinggalah kepada warna jejari rim.
 

JB


Logo dan grafik berapi yang dilukis pada bahagian badan turut didatangkan dalam tona putih.

Dijual pada harga RM28,000, setiap pembelian Vespa Justin Bieber ini turut didatangkan dengan flyscreen, topbox putih dengan sokongan belakang, beg, sepasang sarung tangan serta helmet berwarna putih dengan grafik "Justin Spin".

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
MotoPlex Sungai Buloh diuruskan oleh Welly Sungai Buloh Sdn Bhd, pengedar rasmi yang dilantik oleh…
Pelancaran Motosikal
Projek kolaborasi eksklusif Vespa kali ini adalah sempena menyambut ulang tahun Disney yang ke-100…
Pelancaran Motosikal
Menariknya, pelancaran tersebut turut disertai oleh dua pelumba utama dari pasukan Aprilia Racing…