Ia dikategorikan sebagai sebuah kuadrisikal kompak, dengan ukuran sepanjang 2.41 meter, lebar 1.39 meter dan tinggi 1.52 meter dengan jarak kelegaan tanah 130 mm sahaja.
Di sesetengah negara, anda tidak memerlukan lesen memandu untuk mengendalikan Ami.
Namun, ia bukanlah peluang untuk anda membawa EV kecil ini secara berbahaya terutama di selekoh.
Di litar Monaco, sebuah Citroen Ami dilapor terbabas selepas gagal dikawal di selekoh paling popular, Grand Hotel hairpin.
Keadaan pemandu tidak dapat dipastikan, apatah lagi setelah melihat keadaan kereta yang 'terbaring' pada bahagian sisi.
Besar kemungkinan pemandu Ami itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius, dan mujur ia tidak menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki berhampiran.

Selekoh sepit rambut Grand Hotel merupakan salah satu selekoh yang paling perlahan di dalam sukan Formula Satu, pada kelajuan serendah 48 km/j sahaja.
Disebabkan struktur yang amat sempit, kebanyakan pemandu jentera F1 terpaksa memperlahankan kelajuan mereka bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.
Namun begitu, ia tetap menjadi lokasi 'wajib' kemalangan saban tahun yang bukan sahaja melibatkan jentera F1, malah kereta-kereta biasa yang dipandu oleh pihak yang tidak sedar akan kemampuan diri sendiri.