Kini, sebuah lagi video teaser didedahkan oleh pihak Kawasaki Indonesia memberikan bayangan sebenar bagaimanakah ZX-25R - jentera suku liter dengan enjin empat silinder sebaris - membelah jalan raya tidak lama lagi.
Berdasarkan bunyi yang terhasil, dapat diandaikan ianya dirakam di dalam litar ketika penunggang uji memecut dan mengerah segala kuasa yang terpendam daripada enjin sehingga ke tahap garisan merah.
Teruja?
Ya, satu-satunya motosikal di dalam kelas suku liter yang hadir dengan enjin empat silinder sebaris, dan ternyata nada dan not-not ekzos yang terhasil sungguh mengasyikkan.
Tidak dapat dipastikan bilakah tempoh masa yang ditetapkan oleh Kawasaki Indonesia untuk pelancaran rasmi Kawasaki ZX-25R.