Video: Enjin Diesel Lego Technic dengan ubah suai unik, ada turbo dan sistem penyejukan!

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Hobi seni bina menggunakan model Lego seperti miniatur dan model skala merupakan perkara rumit yang mampu memberikan kepuasan kepada sesetengah orang bagi memenuhi imaginasi dan kemahiran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan kreativiti seseorang.

 

lego

 

Jika anda merupakan peminat hobi tersebut, anda pasti pernah melihat video-video binaan Lego dari saluran Youtube 'Beyond the Brick's' di mana kebanyakan videonya menunjukkan model Lego yang turut berfungsi seperti komponen sebenar.

Baru-baru ini, saluran Youtube tersebut telah mengeluarkan video menunjukkan model Lego Technic enjin diesel 6 silinder sebaris lengkap dengan omboh, aci engkol serta turbo dan sistem penyejukan yang berfungsi.

 

lego

 

Selain itu, video itu turut memaparkan satu lagi binaan iaitu sebuah mesin penjana kecemasan yang dikuasakan model enjin diesel V16, perincian model tersebut sangat teliti kerana panel kawalannya turut mampu mengawal kelajuan enjin tersebut.

Semua hasil binaan tersebut dihasilkan oleh Stefan Weinert yang merupakan pembina Lego sejati menghasilkan pelbagai jenis model, melihat pada hasil binaannya, hobi tersebut sememangnya memerlukan dompet dengan duit setebal kamus untuk direalisasikan.

 

 

Sumber: rebrickable

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran…
Gaya Hidup
Kit tersebut diasaskan dari model Volvo A60H Articulated Hauler yang didatangkan dengan 2,193…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…