Yamaha MT-10 SP kini dalam bentuk LEGO® Technic™, RM999.90

oleh Mohamad Hanif|
LEGO secara rasmi telah menambah sebuah model motosikal naked baharu di bawah siri LEGO® Technic™, iaitu 42159 LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada 1,478 kepingan Lego, LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini membawakan ukuran sepanjang 44 cm, lebar 15 cm dan tinggi 25 cm apabila ia siap dipasang.
 

MT-10


Replika jentera ikonik Yamaha itu turut menampilkan kemasan yang terperinci dan menyamai model sebenar, termasuklah enjin empat silinder sebaris, serta elemen-elemen tersendiri pada kotak gear berbilang kelajuan itu.

Setiap pembelian akan turut disertakan dengan platform pameran khas membolehkan anda meletakkan jentera idaman ini di atas meja kerja, atau di mana sahaja yang anda inginkan.
 

MT-10


42159 LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini boleh didapati di semua LEGO Certified Stores, LEGO Official Store di Lazada, Shopee dan LEGOLAND, serta kedai-kedai utama di seluruh Malaysia bermula 1 Ogos 2023.

Harga jualan untuk set 42159 LEGO® Technic™ Yamaha MT-10 SP ini cuma RM999.90 sahaja.

Dalam dunia sebenar, Yamaha MT-10 SP membawakan nadi empat silinder sebaris 998 cc satah memangkah (crossplane) dengan kuasa 158.2 hp @ 11,500 rpm dan daya kilas 111 Nm @ 9,000 rpm.

Berita Berkenaan

Berita Global
Bukan sekadar mengisi masa lapang, malahan ianya menjadi koleksi yang melambangkan kepuasan dan…
Gaya Hidup
Kit tersebut diasaskan dari model Volvo A60H Articulated Hauler yang didatangkan dengan 2,193…
Gaya Hidup
  Ia juga merupakan kali pertama sebuah jentera F1 dijelmakan semula dalam bentuk LEGO Technic,…