Video: Fungsi setiap butang pada roda stereng jentera F1 Mercedes-AMG PETRONAS

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahukah anda, benda yang paling kompleks ada pada sebuah kereta F1 sebenarnya adalah roda stereng?

Jika kita merungut roda stereng kenderaan moden sedia ada semakin sesak dengan butang fungsi yang pelbagai, anda perlu rehatkan seketika pandangan anda dan lihat dengan teliti roda stereng jentera F1 Mercedes-AMG Petronas ini. 

Sebut sahaja butang, dial rotari, suis, pedal penukaran gear, lampu, sehinggalah kepada skrin paparan, anda akan merasa bersyukur stereng Perodua Myvi supercar kegemaran anda tidak sekompleks Mid Valley. 

Menurut Mercedes-AMG Petronas, stereng jentera mereka mempunyai sekurang-kurangnya 25 fungsi interaktif yang boleh mengawal beberapa ciri seperti pemetaan enjin, output, engine braking, keseimbangan brek dan sistem aero. 
 

 

Secara ringkasnya, apa yang pelumba pegang ketika berada di litar ialah sebuah sistem komputer utama yang mengawal keseluruhan sistem jentera F1. 

Silap tekan, prestasi kereta anda mungkin merudum sepanjang perlumbaan. 

Menurut Mercedes lagi, seorang pelumba akan menguji sekurang-kurangnya tiga hingga empat roda stereng untuk setiap musim perlumbaan. 

Setiap pembinaan roda stereng akan mengambil masa kira-kira 80 jam untuk disiapkan oleh pasukan terdiri daripada jurutera mekanikal, jurutera elektrikal, dan juruteknik pendawaian.

Gugusan lampu LED pula memberikan amaran kepada pemandu bila hendak menukar gear, sebelum enjin V6 berkuasa 900 bhp bersedia untuk menghamburkan kuasa membelah litar. 

 


Roda stereng ini dibina daripada gentian karbon, gentian kaca, kuprum dan titanium sebelum diakhiri dengan balutan silikon pada kedua-dua sisi tempat tangan mengemudi kenderaan. 

Kos pembinaan?

$60,000 atau RM244,982 sahaja untuk sebuah roda stereng, lebih kurang sama harga dengan sebuah Toyota Harrier 2.0T Premium.

Rekaan roda stereng pula berbeza bagi setiap pasukan, dan mereka mempunyai kebebasan untuk mereka apa jua rekaan yang dirasakan berfungsi.

Sebagai contoh, pasukan Williams F1 tidak meletakkan skrin paparan pad roda stereng, menjadikan pusat kawalan pemandu lebih ringkas dan tidak begitu menyemakkan mata. 


 


Saksikan video yang diterbitkan oleh Mercedes menerusi pautan Youtube di bawah, dibantu penjelasannya oleh pemandu Valtteri Bottas untuk setiap butang kawalan yang terdapat pada roda stereng jentera mereka. 

 

Klik gambar di bawah untuk besarkan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada zamannya, F40 merupakan model paling berkuasa yang dihasilkan oleh Ferrari, ia dikuasakan…
Berita Domestik
PETRONAS Lubricants International dengan kerjasama Despark International College telah merangka…
Sukan Bermotor
Ini juga bermakna, Lewis Hamilton merupakan pemandu F1 pertama dalam sejarah yang berjaya meraih…