VIDEO: Iklan Subaru WRX STI stail Initial D

oleh Mohamad Hanif|
Pengaruh animasi Initial D sangat memberikan kesan kepada komuniti 'petrolhead' di seluruh dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Animasi stail Initial D juga kerap kali digunakan oleh Toyota untuk mempromosikan kereta sports keluaran terbaharu mereka, GR86.

 


Subaru tidak ketinggalan menggunakan cara yang sama untuk iklan komersial memperlihatkan komponen dan barangan STI yang dipasangkan pada model Subaru BRZ, Subaru WRX S4, dan yang terbaharu generasi pertama merangkap 'generasi terakhir' Subaru WRX STI.

Difahamkan, Subaru menerima permintaan yang menggalakkan daripada para peminat yang mahu melihat versi WRX STI muncul menggunakan animasi stail Initial D.

 


Umum mengetahui Subaru sebelum ini telah mengumumkan tiada model WRX STI baharu yang akan dihasilkan berdasarkan generasi WRX kedua.

Ini adalah berikutan cabaran pasaran semasa, diikuti dengan regulasi pelepasan emisi yang berubah terlalu pantas untuk merealisasikan sebuah WRX STI serba baharu.

 


Namun begitu, Subaru mengesahkan mereka turut meneroka peluang untuk menghasilkan generasi baharu WRX STI yang mungkin akan muncul dalam versi hibrid atau EV sepenuhnya.

Ia turut diperkuatkan dengan penemuan pendaftaran tanda dagang "STe" yang dibuat di pejabat paten Jerman, memungkinkan Subaru bakal hadir dengan sub-jenama baharu untuk model elektrik berprestasi tinggi menggantikan peranan STI yang digunakan sekian lama.

Berita Berkenaan

Berita Global
Iklan itu dipertontonkan di Facebook dan ia berkisar sebuah konvoi trak pikap Hilux yang dipandu…
Berita Global
Mereka turut melancarkan kempen iklan bersiri, di mana dua daripadanya telah pun disiarkan sebelum…
Berita Global
Malah, Toyota menggunakan populariti animasi tersebut dengan menyiarkan siri iklan komersial…