VIDEO: Mini Blockbuster Koenigsegg tampilkan aksi kejar mengejar Regera, Volvo 940 dan V70!

oleh Mohamad Hanif|
Koenigsegg nampaknya memiliki masa lapang yang sangat banyak dalam menghasilkan video terbaharu berjudul "Time to Reign".
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Video mini blocbuster ini ditulis sendiri oleh Christian von Koenigsegg, CEO dan pengasas syarikat supercar Sweden dan turut dibintangi oleh isteri beliau, Halldora.

Selain itu, koordinator pemasaran Christina Nordin turut berlakon sebagai Phoenix serta pereka Marcello Raeli sebagai The Hacker.
 


Dalam aksi berdurasi 11 minit 50 saat itu, Christian terpaksa berhadapan dengan pihak berniat jahat yang mahu mencuri model terakhir hypercar yang berteknologi tinggi Koenigsegg Regera - macam filem Fast and Furious pula.

Ia juga turut menampilkan aksi kejar mengejar (yang tidak realistik) antara hypercar itu dengan dua buah kereta berjenama Sweden, iaitu Volvo 940 dan Volvo V70.

Penulis tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut, jadi nikmati video Mini Blockbuster dari Koenigsegg - Time to Reign.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Semasa percubaan di lapangan terbang di Sweden pada 27 Jun lepas, Jesko Absolut mencapai kejayaan…
Berita Global
Nilu27 dikuasakan oleh enjin V12 dengan redline pada 11,000 rpm, walaupun ia masih boleh ditarik hi…
Berita Global
Difahamkan, hanya 40 hingga 50 unit sahaja yang diproduksikan setiap tahun, di mana unit pertama…