Namun, usah risau kerana Kawasaki Indonesia dikatakan akan memulakan proses tempahan pada tarikh yang sama.
Untuk menghiburkan hati yang lara, pihak Kawasaki Indonesia telah menerbitkan sebuah video rakaman ujian ZX-25R yang dilakukan di Litar Jerez, Sepanyol.
Perlumba professional Kawasaki Racing Team, Jonathan Rea telah diberikan penghormatan untuk menguji dan melepaskan segala kuasa yang terpendam pada jentera versi kecil kepada motosikal lumba mereka.
Seperti yang kita semua maklum, sportsbike 250 cc ini ternyata mampu mencapai putaran enjin sehingga 17,000 rpm pada kelajuan menghampiri 160 km/j berdasarkan rakaman tunggangan yang dilakukan.
Tidak perlu bercerita panjang, kami biarkan anda selami dan hayati sendiri dunia motosikal suku liter dengan nadi empat silinder sebaris ini.