Baru-baru ini bertempat di Bologna, Itali, sempena menyambut kemenangan berganda pertama dalam sejarah, Ducati telah menghasilkan 2 jenis Panigale V4 S edisi terhad yang telah ditayangkan pada acara "Campioni in Piazza2".

Panigale V4 S itu diinspirasikan daripada motosikal Desmosedici GP dan Panigale V4 R yang digunakan juara MotoGP dan WorldSBK iaitu Francesco Bagnaia dan Álvaro Bautista
Kedua-dua siri istimewa itu diasaskan dari sebuah Panigale V4 S, dimana ia menampilkan liveri motosikal Pecco Bagnaia #63 dan Álvaro Bautista #19.

Setiap motosikal didatangkan dengan autograf asal kedua penunggang tersebut pada tangki beserta nombor siri dan hanya 260 unit sahaja dihasilkan sempena pada tahun 1926 syarikat itu diasaskan.
Replika Panigale V4 2022 Juara Dunia itu ditawarkan dengan konfigurasi tempat duduk tunggal sahaja dan dipertingkatkan oleh pengapit atas aluminium bilet bersama laser ukiran nama model dan nombor progresif.

Ia didatangkan dengan komponen teknikal seperti klac kering STM-EVO SBK sembilan cakera, penyenyap ekzos Akrapovič dimana ianya 2 kg lebih ringan daripada penyenyap asal, sistem brek Brembo dipertingkatkan oleh angkup Stylema® R dan silinder induk MCS, pemijak kaki boleh laras aluminium bilet Rizoma dan plexiglass perlumbaan.
Setiap motosikal akan dihantar bersama kotak pembungkusan dengan grafik khusus dan akan disertakan dengan sijil ketulenan, penutup basikal tersuai dan sistem pemerolehan data Ducati Data Analyser+.

Bagi pembeli yang ingin menguji prestasi motosikal tersebut di litar, mereka akan ditawarkan aksesori tambahan yang disediakan seperti penutup klac terbuka gentian karbon, kit penyingkiran nombor plat dan cermin serta penutup bahan api lumba aluminium bilet.
Sama seperti Panigale V4 S, ianya dikuasakan enjin V4 Desmosedici Stradale 1,103cc menghasilkan 210 HP dan 123 Nm. Harga bagi sebuah motosikal edisi terhad itu bermula dari USD63,000 atau RM278,743.