Video YouTube papar gambar BMW R1250 GS baharu!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah video YouTube dikatakan telah memaparkan gambar model adventure lagenda BMW yang terbaharu, R1250 GS.

Malah video itu juga dikatakan menunjukan teknologi baharu BMW yang akan digunakan pada model baharu itu.

Teknologi sistem Shiftcam bertindak-balas kepada kedudukan pendikit dan menggunakan penggerak (actuator) yang bijak bagi menggerakkan aci sesondol (camshaft) ke kiri atau ke kanan. Ini akan memberikan profil-profil aci yang berbeza.

Contohnya semasa pendikit dibuka kecil, profil aci sederhana digunakan untuk mengurangkan pergerakan injap dan melancarkan penghantaran tenaga.

Bila pendikit dibuka secara maksimum, profil aci penuh mengambil alih dan melepaskan kesemua 136 bhp.

Teknologi yang hampir sama sebenarnya telah digunakan oleh Ducati (Testasretta) dan juga Honda (VTEC).

Sayang sekali video tersebut nampaknya telah diturunkan.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
  Beliau juga pandai dalam menjimatkan kos restorasi luaran motosikal - mana yang boleh diperbaiki…
Berita Global
Dengan jumlah carian sebanyak 7.8 juta sebulan, Toyota kini menjadi jenama automotif paling popular…
Berita Domestik
Setiap musim, BMW M GmBH mencipta sorotan yang baharu dengan Kereta Keselamatannya. Model-model…