Vision Copen - Enjin 1.3L dengan pacuan roda belakang!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kenderaan elektrik memang semakin mengambil tempat di persada dunia tetapi dalam kesibukan untuk menjadi juara EV, Daihatsu tiba-tiba mempamerkan sebuah kenderaan yang menarik minat kaki kereta.

Semasa pameran Japan Mobility Show (JMS) 2023, Daihatsu menarik tirai sebuah kereta konsep yang nampaknya sudah hampir kepada model pengeluaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Vision Copen ialah sebuah kereta sport kompak tanpa bumbung dengan enjin 1.3L yang mampu menggunakan bahan api neutral karbon (CN) dan menggerakkan roda belakang sahaja.

Ini berbeza dari model Copen sebelum ini yang dijana oleh enjin 660cc dan pacuan roda belakang. 

Namun begitu, ia mengekalkan lagi bumbung yang boleh dibuka dan ditutup menggunakan elektrik bagi mengekalkan konsep open-top roadster. 

 

 

Dari segi saiz, Vision Copen juga kini telah membesar, sedikit kecik dari Mazda Miata ND, bermakna ia bukan lagi dalam kategori kei-car.

Harapan ramai Vision Copen ini akan menjadi kenyataan dan pastinya lebih ramai warga Malaysia yang berharap agar wujud satu model sporti oleh Perodua.

Mungkin rancangan untuk memasang Copen sebagai sebuah hero-car untuk Perodua seperti yang pernah dicadangkan dulu patut diteruskan? 

Yang pasti, Daihatsu seperti mahu mengambil alih ruang kosong yang ditinggalkan oleh Mazda - kereta sporti pacuan roda belakang yang kompak dan lebih mampu milik!

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada pelbagai pilihan varian yang anda boleh beli, Daihatsu Copen juga boleh dilengkapi…
Berita Global
Lihat sahaja hasil yang pernah diperlihatkan sebelum ini pada supercar-supercar Itali, tidak…
Berita Global
Daihatsu Taft (Tough and Almighty Four Wheel Touring Vehicle) membawakan dimensi yang hampir serupa…