Untuk model generasi baharu, Golf masih lagi mengekalkan elemen rekaan yang tidak ditelan zaman, namun menampilkan ciri yang lebih sporti dan ekspresif terutama apabila digayakan dengan pakej R-Line.

Penampilan sporti itu disempurnakan dengan rim aloi Valencia bersaiz 17 inci, diikuti dengan sepasang tip ekzos krom berbentuk trapezoid.
VW Golf R-Line 2022 dikuasakan oleh enjin 1.4 TSI menghasilkan 150 PS dan daya kilas 250 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan beserta ciri shift-by-wire.

Ruang kabin Golf R-Line dipertingkatkan dengan lebih kemudahan dan ciri ketersambungan, disokong oleh sistem kawalan suara pintar yang boleh diaktifkan menerusi kata sapaan "Hello Volkswagen".
Ciri pengecaman suara ini mampu mengawal beberapa kawalan tertentu seperti suhu kabin, serta panggilan telefon.
Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, "kami berbangga kerana dapat memasang Golf yang ikonik ini di Malaysia.

"Ia merupakan peluang terbaik untuk memiliki sebuah Golf yang dipasang oleh rakyat Malaysia, di samping teknologi dan ciri terkini di dalam generasi terbaharu ini.
VPCM turut menyokong pelanggan menerusi perkhidmatan selepas jualan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.
Tempahan dan pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara, maklumat lanjut boleh didapati menerusi www.volkswagen.com.my