Volkswagen ID. GTI Concept - gambaran hot hatch GTI berkuasa elektrik masa depan

oleh Mohamad Hanif|
Apa akan jadi bila pengeluar yang sinonim dengan hot hatch berenjin kuasa tinggi tiba-tiba berhenti daripada menawarkan produk tersebut kepada umum?
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Pada masa hadapan, anda mungkin sekali perlu membiasakan diri dengan kehadiran hot hatch berkuasa elektrik, seperti yang diperlihatkan oleh Volkswagen menerusi model ID. GTI Concept.

VW ID. GTI Concept ini sebenarnya merupakan versi berprestasi tinggi kepada model konsep ID. 2all yang telah diperlihatkan sebelum ini.
 

GTI


Ia membawakan tema yang lebih sporti, seperti kemasan hitam dan merah, bampar depan dan belakang yang lebih agresif, serta tidak ketinggalan logo GTI pada sesetengah tempat.

Angka kuasa kuda tidak diberitahu, namun menurut VW model hot hatch ID. GTI Concept ini bakal membawakan motor elektrik berkuasa tinggi yang dipadankan dengan komponen kunci pembeza elektronik pada roda depan.
 

GTI


Selain itu, pembeli juga dikatakan mampu untuk melaraskan pelbagai jenis fungsi menerusi GTI Experience Control seperti talaan kepada sistem stereng dan suspensi, sistem bunyi, serta menghasilkan 'titik penukaran gear' yang menyamai prestasi GTI masa lalu.

Ruang kabin ID. GTI Concept ini serba serbi canggih dengan kehadiran skrin tengah bersaiz 12.9 inci, skrin kluster 10.9 inci, serta skrin paparan head-up terimbuh yang merangkumi hampir keseluruhan cermin depan.

Ciri paparan head-up itu juga boleh diubah seakan paparan permainan video Gran Turismo sekiranya anda berkesempatan melenjan kereta ini di litar lumba.
 

GTI


Selain daripada itu, pembeli kelak boleh mendapatkan tetapan paparan yang pelbagai, termasuklah ciri meter kluster klasik yang terdapat pada model GTI Mk2.

Dari segi praktikaliti, VW ID. GTI Concept masih lagi sesuai untuk digunakan seharian, dengan muatan sehingga lima orang penumpang pada satu-satu masa dan ruang kargo sebesar 490 liter.

Tak sabar menunggu? Volkswagen mengesahkan model konsep ini berkemungkinan besar akan memasuki fasa produksi kelak sebagai sebuah model berlencanakan GTI serba baharu.

Baca: Volkswagen ID. 2all Concept

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengumuman bagi produksi N Vision 74 merupakan salah satu dari 21 model baharu dalam perancangan…
Berita Global
VF Wild merupakan sebuah trak pikap saiz pertengahan dengan ukuran panjang 5,324 mm dan lebar 1,997…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, pengarah program reka bentuk Nissan, Giovanny Arroba berkata sebahagian…