Volkswagen kongsi platform kereta eletrik MEB dengan Ford

oleh Mohamad Hanif|
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kerjasama antara kedua belah pihak (Volkswagen dan Ford) kini nampaknya mencapai satu titik persamaan baharu apabila mereka bersetuju untuk berkongsi teknologi kenderaan elekrik dan kereta swa-pandu. 

Menurut satu sumber yang sangat arif akan hal itu berkata, Volkswagen akan berkongsi platform kenderaan elektrik mereka (MEB) serta membangunkan EV bersama-sama dengan Ford. 

Hal ini akan dibincangkan dengan lebih serius pada pertemuan sidang tertinggi Volkswagen pada 11 Julai ini. 

Jurucakap Volkswagen enggan memberikan penjelasan, namun mengesahkan bahawa rundingan bersama Ford berkenaan hal ini sedang berjalan lancar. 

Antara model yang bakal dihasilkan daripada platform MEB termasuklah Audi Q4 e-tron, SEAT el-Born, Skoda Vision IV, serta model-model dibawah keluarga ID Volkswagen. 

Sebelum ini, Volkswagen dan Ford mengumumkan kerjasama strategik di mana Volkswagen bakal menggunakan platform kenderaan komersil Ford (Ranger dan Transit) dalam usaha untuk mengurangkan kos pembangunan model baharu Amarok dan Transporter. 

Sumber: Autoblog
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana Ford dengan baik hatinya melancarkan program pengalaman pemanduan yang menyeluruh dengan…
Berita Global
Transit Custom Nugget dilengkapi dengan pelbagai ciri kemudahan untuk menjadikannya teman percutian…
Berita Global
Nama Mustang GTD tu diambil bersempena dengan kelas perlumbaan IMSA GTD, di mana kebanyakan jentera…