Volkswagen lancar panggilan semula ke atas 12,732 unit kenderaan (pengeluaran 2011 - 2015)

oleh SALINA JALIL|
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan panggilan semula secara sukarela ke atas model-model yang dihasilkan di antara tahun 2011 hingga 2015 untuk membaiki akumulator tekanan hidraulik di dalam kotak gear klac berkembar 7-kelajuan yang rosak di peringkat pengeluaran.


Sebanyak 12,732 kenderaan Volkswagen dikenal pasti perlu menjalani pemeriksaan di bawah kempen panggilan semula ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model-model yang terjejas adalah seperti berikut:

  1. Beetle,
  2. Cross Touran,
  3. Golf (Mk6 dan Mk7),
  4. Jetta,
  5. Passat (B7),
  6. Passat CC,
  7. Polo (6R)
  8. Scirocco.

 

Panggilan semula ini tidak melibatkan model-model yang dikeluarkan dari 2016 ke atas

 

Dalam beberapa kes tertentu, kegagalan komponen tersebut boleh menyebabkan tekanan hilang, sekali gus mengganggu pengalihan kuasa di antara enjin dan kotak gear.

 

 

Kempen di seluruh negara ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk menguruskan kes-kes terbabit. Notifikasi untuk para pemilik akan dilaksanakan menerusi mel berkuat-kuasa serta-merta. 

 

Selain itu, para pemilik digalakkan untuk melayari laman web Volkswagen untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat. Mereka juga boleh menghubungi khidmat pelanggan Volkswagen di talian 1800-18-8947 untuk maklumat lanjut. 

 

Pemilik boleh menghubungi mana-mana pusat servis Volkswagen untuk temu janji, kenderaan diperiksa dan alat ganti ditukar sekiranya perlu.

 

VPCM telah mengambil langkah sewajarnya dengan rakan pengedar bagi memastikan kebolehdapatan alat ganti, seterusnya membolehkan proses ini dijalankan dengan lancar dan efektif. Semua kos buruh dan penggantian alat ganti tidak akan dikenakan ke atas pemilik. 


 

 

Selain itu, para pemilik akan menerima kad keahlian VCP secara percuma sebagai tanda penghargaan daripada Volkswagen.

 

Volkswagen Care Plus (VCP) ialah program eksklusif untuk pemilik yang mempunyai kereta berusia 5 tahun dan ke atas.

 

Kelebihan lain yang dapat dinikmati oleh ahli termasuklah tiga baucar diskaun servis sebanyak 20%, Bantuan Tepi Jalan percuma selama dua tahun dan sokongan bateri di lokasi 24 jam (tertakluk kepada terma dan syarat). 

 

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memohon maaf ke atas kesulitan yang terpaksa dilalui oleh pemilik. “Sebagai pengeluar kenderaan yang bertanggungjawab, keyakinan dan ketenangan minda pelanggan adalah sangat penting buat kami. Kami harap para pelanggan faham bahawa kempen ini penting untuk memastikan mereka kekal yakin dengan prestasi kenderaan masing-masing. 

 

“Walaupun kami telah mengenal pasti jumlah kenderaan yang terlibat dalam panggilan semula ini, bukan semua alat gantinya perlu ditukar. Ini merupakan satu langkah yang signifikan buat kami dan kami mahu memastikan semua kenderaan terlibat diperiksa. Kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Volkswagen Cares dan kami komited terhadap aspek keselamatan, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan,” katanya. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari https:// www.volkswagen.com.my atau hubungi pusat khidmat pelanggan Volkswagen di talian 1800-18-8947.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk model terbaharu ini, Golf GTI kini dilengkapi dengan skrin paparan head-up display (HUD),…
Berita Domestik
"Kebimbangan dengan penjana perumahan beg udara pemandu hadapan disebabkan oleh kemerosotan…
Berita Domestik
Ditawarkan sehingga 31 Oktober 2023, berikut merupakan senarai harga model dan penjimatan yang…