Perkhidmatan itu boleh ditawarkan di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Tiada caj penghantaran yang dikenakan kerana ia adalah perkhidmatan percuma untuk pelanggan yang tinggal dalam radius 20 kilometer dari pengedar yang dipilih.
Semua kenderaan itu akan dihantar menggunakan sebuah trak flatbed tunggal dan ditutup sepenuhnya dengan kanvas. Ini bagi memastikan ia berada dalam kondisi terbaik.
Bagi mematuhi garis panduan pihak kerajaan dan memberi kepuasan kepada pelanggan yang menitikberat soal kebersihan, trak penghantaran tersebut akan dinyah kuman sebelum dan selepas penyerahan.
Selain itu, Welcome Kit dan kunci akan diletakkan di dalam kereta yang dikunci.
VPCM juga menawarkan pakej servis Volkswagen Deep Sanitisation pada harga bermula RM80. Pakej ini merangkumi proses sanitasi yang mampu menghapuskan 99 peratus kuman dan bakteria di ruang kabin dan sistem pendingin hawa.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.volkswagen.com.my/