Sebanyak 11 unit sahaja ditawarkan dan dijual secara eksklusif di platform dalam talian Lazada pada 11 November 2018.
Didatangkan dalam warna tunggal putih (Candy White), VW Polo Black & White ini dilengkapi spoiler belakang, kemasan sisi warna hitam, tempat duduk balutan kulit, rim aloi bersaiz 15 inci, perumah cermin sisi hitam dan filem tint VW.
Dengan jumlah keseluruhan aksesori bernilai RM7,500, pembeli hanya perlu membayar harga RM68,488 menerusi aplikasi Lazada.
Yuran tempahan sebanyak RM799 perlu dibayar menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian, dan para pembeli akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk melengkapkan urusan seterusnya mendapatkan kereta mereka.
Mengekalkan enjin 1.6 liter MPI berkuasa 105 PS, dan daya kilas 153 Nm, kuasa tersebut kemudian dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan Tiptronik dan mod sport.
Menurut pengarah urusan VPCM, Erik Winter berkata, "menerusi kejayaan kolaborasi di Lazada untuk model Beetle 12.12 dan juga model JOIN, perkembangan terbaharu ini juga membuktikan pelanggan melayari internet untuk membaca, membuat kajian, dan mendapat tawaran yang terbaik."