Volvo akan terus hasilkan model estate/station wagon

oleh Mohamad Hanif|
Wagon merupakan salah satu model yang membentuk sejarah dan warisan kebanggaan Volvo.

KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Jadi, tidak mengejutkan apabila pengeluar itu masih lagi belum bersedia untuk menghentikan penawarannya terutama di dalam era kenderaan elektrik.
 

wagon


Tidak seperti Mercedes-Benz yang sudah pun mengumumkan penamatan model-model wagon dan shooting brake, Volvo pula melihat masih lagi wujud pasaran yang kuat untuk model tersebut.

Bercakap kepada WhichCar, ketua unit penawaran global Warren Davidson menjelaskan, "Volvo bukanlah sebuah syarikat yang mengabaikan warisannya.
 

wagon


"SUV sememangnya model yang penting untuk kami, namun ia bukanlah satu-satunya perkara yang kami lakukan. Sejak bertahun-tahun kami telah menghasilkan model wagon yang cantik.

Sentimen beliau turut dipersetujui oleh ketua pengurusan program dan strategi Volvo, Erik Severinson.
 

wagon


"Sesetengah pesaing kami telah pun beralih daripada model tersebut, kami kami masih lagi melihat pasaran yang kuat untuk model wagon.

Warren turut memberikan bayangan Volvo akan hadir dengan sebuah wagon serba baharu pada masa akan datang, namun tiada sebarang perincian didedahkan buat masa ini.  

Sumber: WhichCar

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Volvo EM90 dibangun berdasarkan model minivan elektrik Zeekr…
Berita Global
Bermula seawal tahun hadapan, pengeluar Sweden itu dijangka akan menghentikan penjualan kenderaan…
Berita Global
Antara pengeluar terbaharu yang bakal menawarkan model MPV kelak ialah Volvo. Ya, pengeluar yang…