Volvo akhiri produksi kenderaan diesel seawal 2024

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang kita semua tahu, Volvo merupakan antara jenama automotif yang bakal berubah menjadi jenama EV sepenuh masa menjelang akhir dekad ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bermula seawal tahun hadapan, pengeluar Sweden itu dijangka akan menghentikan penjualan kenderaan berenjin diesel di UK, menjadikannya antara pengeluar utama yang menghentikan terus penawaran model diesel di sana.

Ini bermakna, pelanggan Volvo kelak hanya boleh mendapatkan barisan model elektrik penuh (EV), plug-in hybrid (PHEV) dan kenderaan hibrid ringan (MHEV).

Volvo sebelum ini mempunyai unit pembangunan enjin pembakaran dalaman yang tersendiri, sebelum ia diubah menjadi Aurobay - dibentuk menerusi kerjasama dengan Geely.

Tahun lalu, Volvo telah menjual segala pegangan di dalam syarikat Aurobay, di mana tiada lagi bajet diperuntukkan untuk pembangunan enjin pembakaran dalaman baharu.
 

Xc40


Seperkara yang menarik perhatian ialah untuk tempoh tahun yang lepas, majoriti kenderaan Volvo yang dijual di Eropah terdiri daripada model berenjin diesel sehinggalah Volvo melancarkan model EV pertama mereka, XC40 Recharge pada tahun 2019.

Sejak daripada itu, jualan model berenjin diesel di Eropah semakin menurun disebabkan oleh keprihatinan terhadap aspek perubahan iklim, serta kadar pelepasan nitrogen oksida yang menjadi satu masalah di kawasan urban.

Di pasaran UK, Volvo baru-baru ini telah menghentikan penawaran model-model sedan dan wagon demi menumpukan perhatian kepada barisan model SUV yang jauh lebih menguntungkan.

Dua model EV baharu Volvo dijangka akan meningkatkan lagi penguasaan model SUV jenama itu, iaitu Volvo EX30 dan Volvo EX90.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…