VOLVO CARS CATAT REKOD JUALAN SEPANJANG MASA, JUAL 708,716 UNIT PADA 2023

oleh Firdaus Razani|
SEPANJANG tahun 2023, Volvo Cars telah mencatat rekod jualan global baharu dengan sebanyak 708,716 unit kereta terjual dan meningkat sebanyak 15 peratus berbanding tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Volvo juga merekodkan jualan kereta eletriknya dengan mencatakan peningkatan sebanyak 70 peratus dengan sebanyak 113,419 unit dijual.

Perkara itu menunjukkan Volvo Cars kukuh dengan komitmen produk eletriknya dengan rantaian bekalan yang lebih stabil.

 

volvo

 

Di Eropah, sebanyak 294,794 unit kereta telah dijual dan ia meningkat sebanyak 19 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2022.

Manakala, jualan di China hanya meningkat 5 peratus dengan 170,091 unit dijual sepanjang tahun 2023.

Seterusnya di Amerika Syarikat, jualan sepanjang tahun 2023 meningkat sebanyak 26 peratus dengan sebanyak 128,701 unit kereta dijual.

 

volvo

 

Kilang produksi dan pengeluaran utamanya terletak di Gothenburg, Ghent, Belgium, Carolina Selatan, Amerika Syarikat, dan bandar-bandar China Chengdu, Daqing dan Taizhou.

Syarikat itu juga mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan serta reka bentuk di Gothenburg, Camarillo, Amerika Syarikat dan Shanghai, China.

 

volvo

 

Pada tahun lalu juga, Volvo Cars turut membuka Tech Hub baharu di Singapura, yang akan menumpukan pada kecerdasan buatan “Artificial Intelligence” (A.i), pembelajaran mesin, analisis data dan teknologi Industri 4.0.

 

SUMBER : TheStar

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…