Volvo gugur penawaran sedan, wagon di UK, hanya jual SUV sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu langkah yang mengejutkan, Volvo kini secara eksklusif menjual SUV sahaja untuk pasaran UK, dan menghentikan terus penjualan bagi model-model sedan dan wagon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, pelanggan tidak lagi dapat menempah model seperti Volvo S60, Volvo V60 dan juga Volvo V90 menerusi laman web penyesuai (configurator) dalam talian.

Awal musim panas yang lepas, Volvo telah menghentikan penjualan model sedan S90, diikuti dengan model V60 dan V90 Cross Country.

Menurut kenyataan rasmi Volvo yang diperoleh Autocar, keputusan itu dibuat melihatkan kepada permintaan terhadap SUV yang semakin meningkat, terutama model EX30 dan EX90.
 

S90


Dalam masa yang sama, permintaan terhadap model sedan dan wagon turun mendadak di UK, dan keadaan ini memaksa Volvo membuat keputusan untuk mengeluarkan terus model-model sedan dan wagon daripada pasaran tersebut.

Jika dilihat kepada data statistik, angka jualan model sedan dan wagon sememangnya sangat rendah jika dibandingkan dengan SUV popular pengeluar (XC40, C40, XC60, XC90).

Untuk tempoh separuh pertama 2023, Volvo telah berjaya menjual sekitar 23,000 unit S90, diikuti S60 (18,000 unit), V60 (16,000 unit) dan V90 (7,100 unit).

Dalam tempoh yang sama, Volvo UK telah menjual kira-kira 106,000 unit SUV XC60, di mana angka tersebut jauh mengatasi jumlah jualan keseluruhan model sedan dan wagon.
 

CC


Menurut laporan itu lagi, pembeli yang berminat masih boleh mendapatkan saki-baki stok model daripada pengedar, dan bukannya melalui laman web configurator rasmi.

Tidak dapati dipastikan sama ada model sedan dan wagon Volvo tersebut akan dikembalikan semula, namun sebelum ini pengeluar tersebut berjanji akan terus mengekalkan kehadiran sedan dan wagon di dalam barisan portfolio produk mereka.

Malah, sebelum ini Volvo turut mengesahkan mereka sedang membangunkan sebuah wagon berkuasa elektrik, serta sedan elektrik yang mampu menggantikan S60 dan S90.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…