Syarikat Sweden itu mengumumkan keputusan tersebut semalam kerana masalah bekalan komponen penting itu.
Volvo berkata ia menjangkakan kilang akan dibuka semula selewat-lewatnya sebelum minggu hadapan.
Sebelum ini Volvo pernah menutup kilang kenderaannya di Belgium kerana masalah yang sama.
Masalah bekalan cip itu melanda satu dunia kerana syarikat kenderaan terpaksa "berebut" dengan industri elektronik yang menerima permintaan meningkat dari pengguna telefon pintar, TV dan permainan video.
* Laporan asal dari Reuters