Volvo lancar Pusat 3S di Kota Kinabalu, Sabah

oleh SALINA JALIL|
Volvo Car Malaysia telah melancarkan pembukaan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) di Kota Kinabalu, Sabah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Fasiliti baharu ini berukuran 5,432 kaki persegi dan beroperasi di bawa Sebangga Mitsinbo Sdn. Bhd. yang telah dilantik sebagai rakan pengedar Volvo Car Malaysia pada November 2019.

 

Seperti pusat pengedar Volvo yang lain, pusat 3S ini menampilkan konsep Pengalaman Runcit Volvo (VRE) dengan ruang terbuka yang luas dan perabot minimalis sebagai ciri utama bagi melahirkan suasana mewah kontemporari.

 

volvo 2

 

Selain ruang pameran yang menempatkan rangkaian model terkini Volvo dan pusat servis, fasiliti dua tingkat itu turut menampilkan seksyen koleksi gaya hidup dan aksesori Volvo.

 

Pusat 3S Sebanggan Mitsinbo ini beralamat di Lot 923, Jalan Tuaran, Taman Sinar 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, layari https://www.volvocars.com/my/find-a-dealer atau hubungi talian +608830-9888.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…