Volvo mungkin hadir dengan dua SUV baharu (lagi)

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada kejayaan Volvo dalam memperkenalkan barisan SUV mereka yang super cantik dan gagah itu, pengurusan tertinggi syarikat yang dimiliki oleh Geely itu tidak menolak kemungkinan ia akan hadir dengan beberapa buah produk baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu temubual yang dijalankan oleh AutoExpress, CEO Volvo Hakan Samuelsson berkata, Volvo tidak menolak kemungkinan akan bersaing dengan BMW X7 dan Mercedes GLS. 

Bermakna, Volvo XC90 pada ketika ini bakal turun takhta daripada SUV terbesar di dalam keluarga Volvo. 

Menurut Samuelsson lagi, "untuk memenuhi setiap segmen utama yang ada di pasaran, kemungkinan hadir dengan SUV yang lebih besar itu tetap ada, namun kami juga akan hadir dengan SUV yang lebih kecil (daripada XC40).
 


Idea untuk menghasilkan SUV segmen B dari Volvo sebenarnya sudah pun dicetuskan beberapa bulan yang lalu, namun ia masih lagi menunggu kelulusan daripada pihak atasan (mungkin guna Geely SX11?). 

Selain daripada itu, pengganti model V40 juga turut dipertimbangkan pada ketika ini, namun Volvo nampaknya lebih cenderung untuk menghasilkan sebuah crossover daripada sebuah hot hatch yang mampu menandingi A-Class dan 1-Series. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…