Volvo rancang lancar lima EV baharu

oleh Mohamad Hanif|
Volvo merupakan antara pengeluar yang sudah berikrar untuk menjadi jenama elektrik sepenuhnya menjelang 2030.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk itu, pengeluar automotif Sweden itu merancang untuk memperkenalkan tidak kurang daripada lima buah kenderaan elektrik (EV) baharu dalam masa terdekat.

Perancangan tersebut diumumkan dalam satu perjumpaan bersama sebahagian daripada pengedar di Miami.

Dalam masa terdekat, EV baharu pertama bakal dilancarkan pada tahun hadapan yang dipercayai merupakan model pengganti kepada SUV XC90 dan membawakan nama Embla.

Selain daripada itu, Volvo juga bakal memperkenalkan crossover bersaiz kecil, sedan, serta dua buah model wagon yang sporti, disamping dua lagi buah model plug-in hybrid.

Informasi awal yang tidak disahkan mendedahkan perancangan Volvo untuk membangunkan XC60 versi EV, serta crossover baharu yang bakal diposisikan di antara model XC60 dan XC90.

Selain itu, Volvo juga dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi crossover yang bakal diposisikan di bawah XC40.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…