Volvo sasar EV dengan jarak operasi 1,000 km menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pengumuman Volvo Concept Recharge baru-baru ini, Volvo juga turut berazam untuk menawarkan kenderaan elektrik dengan jarak operasi yang lebih jauh menjelang akhir dekad ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti GM yang mensasarkan angka 483 km, Volvo pula mahu mencapai jarak operasi pemanduan sebenar sehingga 1,000 km dengan memperbaiki teknologi bateri lithium-ion.

Volvo merupakan antara pengeluar automotif yang komited untuk menjadi jenama EV sahaja, dan baru-baru jenama Sweden itu bekerjasama dengan Northvolt untuk menghasilkan bateri EV sendiri.

 


Untuk jangka masa panjang, Volvo akan memperkenalkan generasi ketiga kenderaan elektrik menjelang pertengahan dekad ini, dengan jarak operasi yang lebih jauh serta pek bateri yang diintegrasikan dalam lantai untuk untuk meningkatkan tahap ketegaran casis.

Volvo juga menjanjikan masa pengecasan yang lebih pantas 50 peratus berbanding apa yang ditawarkan pada ketika ini.

 


Selain daripada itu, Volvo turut mengesahkan pengganti sebenar SUV XC90 bakal ditawarkan sebagai SUV elektrik dengan keupayaan pengecasan dua arah (bi-directional charging), membolehkan SUV tersebut membekalkan tenaga ke sistem grid ketika waktu puncak, dan mengecas kembali kenderaan ketika waktu bukan puncak dan tarif yang lebih rendah.

Pengganti XC90 ini dijadualkan pelancaran rasmi sekitar tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…