Volvo XC100 Recharge 2024 - cubaan pertama Volvo bikin crossover coupe!

oleh Mohamad Hanif|
Volvo dilaporkan sedang merancang untuk memperkenalkan sebuah crossover coupe berkuasa elektrik yang dikenali dengan nama Volvo XC100 Recharge, dijadualkan pelancarannya pada tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dipetik daripada Motor Trend, crossover coupe ini bakal menggunakan asas daripada Volvo XC90 serta membawakan elemen seperti seperti garis bumbung yang rendah untuk bersaing dengan BMW X6 dan juga Mercedes-Benz GLE Coupe.

Malah, laporan itu turut menyebut XC90 dan kembarnya XC100 ini bakal dibangunkan daripada platform SPA2 yang direka untuk menyokong trenkuasa bahan api fosil dan juga trenkuasa elektrik sepenuhnya.

 


Disebabkan XC100 Recharge ini dikhususkan untuk melawan BMW X6 dan GLE Coupe, konfigurasi asal tiga baris tempat duduk XC90 terpaksa dikorbankan untuk menjadi SUV dengan dua baris tempat duduk sahaja yang menawarkan sehingga empat orang penumpang pada satu-satu masa.

Dengan kemungkinan tersebut, ia bakal menjadi satu penawaran yang lebih premium berbanding model Volvo sedia ada.

 


Merujuk kepada trenkuasa pula, Volvo XC100 Recharge bakal menawarkan tetapan dua motor elektrik - satu untuk setiap gandar - serta jarak operasi yang mampu mencapai sehingga 480 km untuk sekali caj penuh.

Sebelum ini, Volvo telah pun memperlihatkan teaser yang mengesahkan SUV XC90 generasi baharu yang akan dilengkapi dengan penderia LiDAR yang menyokong sistem pemanduan autonomi penuh, jadi ciri ini mungkin akan didatangkan secara standard pada model XC100 Recharge.

Tiada sebarang tempoh pelancaran diberikan, namun pihak Motor Trend menjangkakan pengenalan crossover coupe XC100 Recharge ini bakal mengambil tempat menjelang tahun 2023.

 


Sumber: Motor Trend

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding penawaran terdahulu, kesemua model PHEV siri 60 dan 90 kini dilengkapi dengan bateri 18.…
Berita Domestik
Dari segi kuasa, Volvo XC90 B5 ini tampil dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter yang mampu…
Berita Global
Namun, Volvo yang kita kenali dengan designasi nama model seperti XC90, S60 dan V70 (sekadar…