VW Golf GTI 380 2024 - model penamat hot hatch bertransmisi manual

oleh Mohamad Hanif|
Ini mungkin satu berita yang sangat menyedihkan buat para pendokong dan penyokong kereta berprestasi tinggi dengan transmisi manual.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Volkswagen baru-baru ini mengumumkan model baharu Golf GTI 380 2024 yang merangkap model terakhir hot hatch bertransmisi manual daripada pengeluar tersebut.
 

golf


Antara ciri standard yang dibekalkan pada model Golf GTI 380 ini termasuklah sistem peredam adaptif DCC, rim aluminium aloi bersaiz 19 inci dengan kemasan hitam kilat, tayar berprestasi tinggi, kemasan hitam berkilat pada bumbung dan perumah cermin sisi, serta aksen merah yang biasa dilihat pada Golf GTI.

Selain daripada itu, Volkswagen turut menawarkan warna eksklusif Graphite Gray Metallic, Atlantic Blue Metallic, Deep Black Pearl, Kings Red Metallic, Moonstone Gray, Opal White Pearl atau Refrex Silver Metallic.
 

golf


Masuk ke dalam ruang kabin, pembeli model Golf GTI 380 ini akan disambut dengan tombol gear yang diinspirasikan daripada bola golf, kemasan tempat duduk fabrik klasik Scalepaper Plaid untuk trim GTI S dan GTI SE, atau kemasan kulit Vienna untuk trim Autobahn.

Dari segi kuasa, Volkswagen Golf GTI 380 2024 didatangkan dengan enjin EA888 2.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 241 hp dan 370 Nm yang dipadankan dengan kotak gear manual, atau opsyen transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.
 

golf


Selain daripada Golf GTI 380, seperkara lagi yang mampu membuatkan hati anda sebak ialah model hot hatch Golf R juga tidak akan ditawarkan dengan kotak gear manual selepas model tahun 2024.

Harga jualan untuk Volkswagen Golf GTI 380 2024 bermula dari $32,485 (RM150,730) untuk varian S, $37,285 (RM173,002) untuk trim SE dan $40,625 (RM188,500) untuk model Autobahn.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Habeck, yang juga naib canselor Jerman, membuat komen itu sebagai menjawab soalan mengenai ancaman…
Berita Global
Konglomerat yang berpangkalan di Jerman itu dilapor sedang mempertimbangkan dua penutupan kilang di…
Berita Domestik
Acara perhimpunan itu akan belangsung pada 24 Ogos 2024 di Litar Antarabangsa Sepang dan terdapat…