Dalam satu pengumuman terkini, Volkswagen mengumumkan pemberian bonus sebanyak €4,950 (RM23,516), namun ia dihadkan kepada pekerja yang dilindungi oleh perjanjian tawar-menawar kolektif.
Mereka yang terpilih akan menerima pembayaran bonus tersebut bermula November 2019 sebanyak €1,690.50 (RM8,031) manakala pembayaran selebihnya akan dibuat pada bulan Mei nanti.
Prestasi kerja yang ditunjukkan oleh para pekerja Volkswagen ternyata menarik perhatian ketua eksekutif Volkswagen AG, Dr. Herbert Diess yang berbangga dengan semangat kerja berpasukan yang sangat kuat ditunjukkan pada tahun lalu.
"Dengan pembayaran bonus di bawah perjanjian tawar-menawar kolektif ini, kami mengucapkan terima kasih atas komitmen yang ditunjukkan dan berharap setiap individu mampu menyumbang kepada kejayaan syarikat pada masa akan datang.
Tahun 2020 menandakan langkah Volkswagen untuk meneruskan fasa elektrifikasi setiap model yang dijual, dan awal bulan lalu pengeluar tersebut telah mengesahkan bahawa crossover ID.4 akan dilancarkan di Eropah pada tahun ini.
Produksi dan penjualan pula akan mengambil tempat di Eropah, China dan juga Amerika Utara.