Wuling Starlight Wagon Concept, mungkin eksklusif untuk pasaran China

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa bulan yang lepas, Careta ada menyiarkan perincian spesifikasi sedan saiz pertengahan Wuling Starlight yang sudah pun mula dijual di pasaran China.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik sejauh 150 km, dan jarak gerak gandingan sejauh 1,100 km untuk setangki petrol penuh.
 

wuling


Biarpun pasaran wagon ini kian menguncup, situasi itu tidak menghalang SAIC-GM-Wuling daripada mempamerkan varian wagon kepada model sedan Starlight itu tadi.

Buat masa ini, ia hanyalah bertindak sebagai sebuah kajian untuk menilai tahap minat orang awam terhadap model wagon ini.
 

wulinig


Wagon ini masih lagi mengekalkan elemen rekaan yang wujud pada sedan Starlight, seperti unit lampu DRL melintang penuh, perumah lampu utama pada hujung bampar, diikuti dengan rekaan lampu belakang yang diinspirasikan daripada Kia EV6.

Membuatkan wagon ini nampak stailo ialah padanan rim klasik Volk Racing TE37, diikuti dengan pemasangan kotak kargo pada bahagian bumbung.
 

Wuling


Di bahagian belakang pula, pihak pembangun menyertakan dua jenis spoiler, satu pada bahagian bumbung dan sebuah lagi yang diintegrasikan kemas pada unit lampu belakang.

Seperti yang disebutkan tadi, wagon Starlight ini hanyalah bersifat sebagai sebuah subjek kajian semata-mata, dan belum disahkan untuk memasuki fasa produksi.

Baca: Wuling Starlight 2024

Berita Berkenaan

Berita Global
Kisah wagon pantas Mercedes-Benz bermula apabila Richard Buxbaum, pengasas AMG cawangan Amerika…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…