Wagon RS6 Avant dengan warna unik Ipanema Brown, dan talaan Stage 1 (728 hp, 981 Nm)!

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak contoh wagon pantas yang pernah kami siarkan, namun mungkin tidak ramai yang tahu anda sebenarnya boleh mendapatkan sebuah Audi RS6 Avant yang sah dari Audi Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM976,309.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mahal? Ini kerana dengan pakej harga enam angka (tujuh angka kalau termasuk insurans, cukai jalan) anda bakal membawa pulang sebuah wagon agresif dengan enjin bentangan V8 TFSI 4.0 liter turbo berkembar menghasilkan 600 hp dan 800 Nm.

Itu tidak termasuk dengan pakej-pakej opsyen yang ditawarkan seperti sistem bunyi Bang & Olufsen (RM71k), pakej RS Dynamic Plus dan brek seramik RS (RM260,000), serta kemasan cat eksklusif (RM39,000).

 


Sebuah wagon famili yang pantas mampu menonjolkan diri di khalayak ramai dengan penampilan yang berbeza, seperti apa yang dipertunjukkan menerusi laman Facebook fotografi automotif Auditography.

Wagon yang berasal dari Warsaw, Poland ini hadir dengan warna perang yang unik, iaitu Ipanema Brown (kos €2,900 atau RM14,428) sebelum dikemaskan dengan pakej Black Optic yang merangkumi kemasan hitam pada beberapa bahagian seperti gril, liang kemasukan udara serta perumah cermin sisi.

 


Sementara ruang kabin pula didatangkan dengan kemasan upholsteri kulit Cognac Brown.

Apa yang menariknya, wagon RS6 Avant ini turut mendapat talaan Stage 1, di mana menurut laman web Motor1, ia membolehkan wagon pantas ini bertambah pantas dengan angka output 728 hp dan 981 Nm.

Semestinya pecutan 0-100 km/j jauh lebih pantas jika dibandingkan dengan prestasi standard kilang 3.6 saat.

Baca: Audi RS6 Avant, RS7 Sportback rasmi masuk Malaysia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran terbaharu dari pengeluar itu ialah sebuah Audi RS6 Avant GT yang mampu memalukan…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…
Berita Global
Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6,…