Wangian Mach-Eau - untuk pemilik Mustang Mach-E yang rindukan bau gasolin

oleh Mohamad Hanif|
Khusus untuk para pemilik crossover elektriK Ford Mustang Mach-E yang merindukan enjin pembakaran dalaman, Ford telah mencipta satu wangian khusus yang dinamakan sebagai Mach-Eau.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kajian yang telah dijalankan, mereka mendapati satu perlima pemandu EV rindu bau yang dihasilkan oleh bahan api (petrol/gasolin) setelah mereka beralih kepada kenderaan eletkrik.

Disebabkan itu, Ford Eropah memperkenalkan wangian baharu Mach-Eau, di mana menurut Ford, ia merupakan wangian premium yang direka untuk mereka yang masih bernostalgia dengan bau yang dihasilkan oleh kereta petrol tradisional.

Namun wangian ini tidaklah bermakna anda menghidup wap petrol yang sebenar (itu bahaya!), sebaliknya ia merangkumi gabungan elemen bau asap, getah serta elemen 'haiwan' yang merujuk kepada warisan yang ditinggalkan oleh Ford Mustang.

Wangian ini dicipta oleh firma rundingan wangian terkenal Olfiction yang merangkumi beberapa bahan kimia seperti benzaldehyde dan para-cresol sebelum dicampurkan dengan halia biru, lavender, geranium dan sandalwood.

Sebelum kami terlupa, wangian Mach-Eau ini bukanlah untuk dijual, malah ia tidak ditawarkan di mana-mana pusat pengedar Ford yang sah.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan satu pencapaian penting buat Ford dalam usaha untuk meningkatkan produksi Mustang…
Berita Global
Pasangan suami isteri Jens dan Christine pada mulanya menyangka mereka akan menjalani proses…
Berita Global
EV yang dipasang secara CKD itu bakal diedarkan kepada para pelanggan di China menjelang akhir…