EV yang dipasang secara CKD itu bakal diedarkan kepada para pelanggan di China menjelang akhir tahun ini.
Serentak dengan itu, Ford juga turut rancak membuka bilik pameran EV di bandar-bandar besar China, di mana mereka mensasarkan sehingga 25 buah fasiliti menjelang akhir tahun ini, dan lebih daripada 100 buah dalam tempoh lima tahun akan datang.
Para pembeli di China boleh memilih untuk mendapatkan varian Mustang Mach-E RWD, RWD Premium, RWD (jarak operasi standard) dan juga model GT First Edition.
Pembeli yang berjaya meletakkan deposit dan melengkapkan kontrak pembelian sebelum 31 Disember 2021 bakal mendapat manfaat tambahan seperti lanjutan jaminan terhadap kenderaan dan sistem bateri, bantuan tepi jalan, pelan penggantian dan pembiayaan, serta bonus rujukan.
Malah, bagi mereka yang memilih model GT First Edition akan mendapat pakej hadiah premium eksklusif edisi terhad.
Ford Mustang Mach-E RWD (versi jarak operasi jauh) mampu mencapai jarak maksimum sehingga 619 km di bawah penarafan CLTC (China light-duty vehicle test cycle), sementara versi GT menawarkan pakej yang lebih berkuasa - 481 hp dan 680 Nm, serta pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.65 saat.
Baca: Ford Mustang Mach-E