Bagaimanapun, minggu lalu, media melaporkan tuduhan ke atas Vorayuth - termasuk memandu laju, langgar lari dan cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kematian - digugurkan.
Prayuth berkata, panel khas akan menjalankan siasatan untuk mencari fakta mengenai keputusan pendakwa untuk menggugurkan tuduhan terhadap Vorayuth, yang juga dikenali dengan gelaran 'Boss'.
Beliau mengulangi pendirian kerajaan yang tidak akan campur tangan dalam proses kehakiman negara.
"Keadilan harus wujud untuk semua orang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan semalam.
Minggu lalu, media melaporkan Pejabat Peguam Negara pada Jun memutuskan untuk menggugurkan semua tuduhan terhadap Vorayuth, yang ketika kejadian berusia 28 tahun.
Beliau dituduh membunuh anggota polis Wichian Klanprasert, 47, pada 3 September 2012. Pejabat Polis Diraja kemudiannya bersetuju dengan keputusan itu.