Wheelie Control tiba-tiba 'off', lebih 700 unit BMW S 1000 XR, R dipanggil semula

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 3 Februari, BMW Amerika Utara mengumumkan kempen panggil semula melibatkan 754 buah model BMW S 1000 XR dan BMW S 1000 R.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ia berpunca daripada kemaskini perisian Riding Modes Pro yang telah dibuat sebelum ini yang mampu mengubah atau mematikan tetapan kawalan wheelie pada mod Dynamic Pro kepada tetapan asal kilang tanpa sebarang petunjuk dipaparkan pada kluster instrumen.

Keadaan pengendalian motosikal yang tidak dijangka ini mampu meningkatkan risiko kemalangan disebabkan penunggang tidak dapat makluman berhubung sistem yang dimatikan secara tiba-tiba itu.
 

S 1000 XR


Menurut BMW, masalah gangguan perisian itu mula dikesan di Perancis menerusi model BMW S 1000 XR 2022, sebelum kejadian yang serupa dilaporkan di Turki dan Belgium pada tahun yang sama.

Para pemilik BMW yang terjejas akan diminta untuk memeriksa dan melaraskan kembali tetapan yang ada pada jentera mereka, selain dimaklumkan untuk membawa motosikal masing-masing ke pusat pengedar yang berdekatan untuk diperiksa lanjut.

Sumber: NHTSA

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Dengan memperkenalkan layout baharu yang dibuat terhadap kerangka utama, BMW S 1000 XR juga turut…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan pendaftaran paten yang dibuat oleh BMW Motorrad di Jerman yang menampilkan…