Xiaomi perkenalkan EV pertamanya, SU7 untuk bersaing dengan Porsche, Tesla

oleh Penyumbang Rencana|
Pengeluar telefon pintar China, Xiaomi memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) pertama dan mengumumkan ia menyasar untuk menjadi salah satu daripada lima pengeluar kereta terbesar di dunia pada Khamis.

Sedan yang dinamakan SU7, adalah model yang amat ditunggu-tunggu dan dijangka memanfaatkan kebanyakan daripada sistem operasi dikongsi dengan telefon popular syarikat berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, kereta itu membuat kemunculan sulung pada ketika pasaran kenderaan terbesar di dunia itu bergelut dengan lambakan kapasiti dan permintaan perlahan yang berpunca daripada 'perang harga'.

Perkembangan itu tidak menghalang Ketua Eksekutif Xiaomi, Lei Jun untuk membentangkan cita-cita besar yang termasuk membina 'sebuah kereta impian setanding dengan Porsche dan Tesla'.

"Dengan bekerja keras 15 hingga 20 tahun akan datang, kami akan menjadi salah satu daripada lima pengeluar kereta terbesar, berusaha untuk melonjakkan industri permotoran China secara keseluruhan," katanya dalam satu acara.

Sama seperti firma teknologi lain, Xiaomi berusaha untuk mempelbagaikan perniagaan terasnya kepada EV, rancangan yang mula diperkenalkan pada 2021.

Ia berikrar untuk melabur AS$10 bilion dalam automotif bagi tempoh sedekad dan salah satu daripada beberapa pemain baharu dalam pasaran EV di China pada ketika pihak berkuasa negara itu enggan menambah kepada lebihan bekalan.

Selepas acara pelancaran di Beijing itu, Lei berkata keupayaan pemanduan autonomi kereta Xiaomi akan menjadi pendahulu industri.

Kereta jenama Xiaomi akan dikeluarkan oleh unit pengeluar kenderaan mikik kerajaan, BAIC Group di sebuah kilang di Beijing dengan kapasiti tahunan 200,000 kenderaan.

SU7 hanya berkuasakan bateri, dengan jarak pemanduan pada kadar 628 kilometer hingga 800 kilometer.

 

xiomi1

Harga untuk SU7 masih belum didedahkan, tetapi menolak khabar angin yang menyatakan bahawa harga yang bakal ditawarkan bermula dari 99,000 hingga 140,000 yuan (RM64,409 - RM91,083)

Xiaomi SU7 hadir dalam dua varian, biasa dan Max. Varian Max adalah varian teratas dengan hampir dua kali ganda kuasa kuda dan tork, dan lebih kurang 30 peratus julat pada satu caj.

Xiaomi SU7 biasa pula melakukan 0-100 km/j dalam 5.28 saat, mempunyai jarak pemanduan  yang didakwa pada 668km, menghasilkan 299 kuasa kuda dan 400nm tork, dan mempunyai kelajuan maksimum 210 km/j. Varian biasa ialah unit pacuan roda belakang.

Varian Xiaomi SU7 Max, sebaliknya, boleh melakukan 0-100 km/j dalam 2.78 saat, mempunyai jarak pemanduan 800km, menghasilkan maksimum 673 kuasa kuda dan tork maksimum 848nm, dan mempunyai kelajuan maksimum 265 km /h.

 

xiomi 2

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Xiomi, antara syarikat pembuat telefon pintar terbesar dunia dikatakan sudah memulakan perbincangan…